Thursday, December 11, 2014

Surat Rasmi

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan

Iskandar Dzulkarnain Bin Ismail
5586 Jalan  Kemudi 3/21
Taman Setia Merdeka
40100, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan                                                                                            1 Februari 2012

Tuan/Puan,

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Seni, Komputeran, dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Pusat ICT sedang menjalankan kajian bertajuk “Kajian Pengesanan Graduan (Teknologi Maklumat)” seperti yang tersebut diatas.

2.                  Sehubungan dengan itu, satu borang soal selidik diedarkan bagi mengenalpasti kesesuaian Program Pendidikan Teknologi Maklumat dari tahun 1997 hingga kini terhadap tugas-tugas sebagai seorang guru teknologi maklumat di sekolah. Pihak FSKIK ingin memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan borang soal selidik yang dilampirkan dan memulangkannya menggunakan sampul surat yang disediakan sebelum 1 Ogos 2012, supaya analisis statistik dapat dijalankan seterusnya.

3.                  Jika pihak tuan/ puan berminat untuk mengetahui hasil analisis, sila nyatakan di dalam borang soal selidik yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Puan Norhazalila Bt. Ahmad Nordin. (Telefon: 05-4506510 atau e-mail: ila@upsi.edu.my). Akhir kata, pihak FSKIK ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas kerjasama daripada pihak tuan/puan.





Yang benar,



_______________________________
Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim
Dekan
Fakulti Seni, Komputeran, dan Industri Kreatif

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

No comments:

Post a Comment