Thursday, December 11, 2014

Surat Tajaan

Sekolah Menengah Sungai Kuning
92100 Tapah
Perak Darul Ridzuan.

Resolv Technologies Sdn.Bhd
Lot A-G-09
SME Technopreneur Centre Cyberjaya
2270 Jalan Usahawan 2, 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan
Malaysia 
                                                                                                                                23 Oktober 2014

Tuan/ Puan,

PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN TAJAAN SEMPENA HARI KANTIN.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Sungai Kuning akan mengadakan Hari Kantin. Merujuk kepada perkara diatas, pihak sekolah ingin membuat permohonan bagi mendapatkan tajaan sempena hari kantin .

2.                  Untuk makluman pihak tuan/ puan, majlis akan diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu bermula pada 20 November 2014 hingga 21 November 2014. Majlis akan berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 5 petang. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi membuat pendedahan mengenai kebersihan persekitaran dan makanan terhadap pelajar dan juga warga kantin sekolah.

3.                   Jika pihak tuan/ puan berminat untuk menjadi penaja bagi melancarkan lagi majlis tersebut, pihak tuan/ puan bolehlah menghantar surat jawapan yang telah dilampirkan bersama. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Puan Nasyillah Bt. Mohammad (Telefon: 012-5505521 atau e-mel: nasyillah@yahoo.com). Akhir kata, ribuan terima kasih atas kerjasama daripada pihak tuan/puan.



Yang Menjalankan Tugas,

____________________
Cik Siti Azliha Abdullah
Setiausaha Hari Kantin

Sekolah Menengah Sungai Kuning.

No comments:

Post a Comment